Saturday, October 29, 2011

Online Dengan Tuhan

menarik sekali apa yang cuba disampaikan oleh penulis di dalam buku dengan tajuknya seperti di atas. betapa teknologi tanpa wayar dan broadband yang sedang dibangunkan kini sebenarnya telah sekian lama dimiliki oleh orang Islam. lihat sahaja apabila kita menadah tangan untuk memohon sesuatu dari maha pencipta, maka sesungguhnya doa itu terus didengari olehNYA. Allah maha besar, kita manusia seharusnya semakin mendekati Allah dengan apa yang telah kita miliki pada hari ini. semuanya membuktikan akan kebesaran dan kehebatan Allah sebagai pencipta yang agung.
apapun yang kita lakukan dengan teknologi yang semakin canggih ini seharusnya ia akan tetap terus menjurus kepada amal makruf nahyi mungkar. ingatlah ALLAH dalam setiap perkara yang kita lakukan.
TAHNIAH kepada penulis buku tersebut

Tuesday, November 23, 2010

2010

tahun 2010.... rasanya tahun inilah paling banyak sekali buku yang telah dibaca. koleksi-koleksi buku tulisan dr. Daniel Zainal Abidin, koleksi buku-buku sejarah Islam tulisan Abdul Latip Talib, juga beberapa buah buku berkaitan dengan sunnah-sunnah rasul karangan beberapa orang penulis terkenal tanah air. tak ketinggalan juga dua buah novel hasil karya Habiburrahman... memang menarik.

di sini, saya nak kongsikan apa yang telah saya baca dan semoga beroleh manfaat bagi sesiapa yang terjumpa dan terbaca blog saya ni.